Pages

Sunday, May 1, 2011

6.2 juta rakyat Malaysia alami kegemukan?




Menurut laporan NST ,Malaysia mempunyai jumlah rakyat gemuk yang paling ramai di Asia. Adakah berita ini menakutkan? Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis. Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis. Menurut kajian MySoN, sebab utamanya ialah kesenangan hidup dan gaya hidup tidak sihat. Antaranya makan terlalu banyak, terutamanya makanan segera dan minuman berkarbonat; suka naik lif (walaupun satu tingkat), dan tiada atau terlalu sedikit bersenam. Kita semua tahu makan berlebihan, gaya hidup tidak sihat dan kurang senaman boleh menyebabkan kegemukan. Persoalannya kenapa kita membiarkan ianya berlaku? Adakah kita suka dengan keadaan ini. Sudah tentu tidak, kita suka badan yang slim. 
 
Apakah Obesiti?

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.



Kenapa Terjadi?

Makanan Segera
Bagi penduduk Malaysia, pengambilan makanan segera yang berlebihan telah mengakibatkan masalah obesity dan kegemukan. Makanan segera memang telah menjadi satu budaya di Malaysia, dan ia tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan orang ramai. Kebanyakan orang bergantung pada makanan segera untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam mereka.

Faktor emosi
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu,benar bukan? Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

Kurang tidur
Ya, kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan. Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda. Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.Apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.

Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.

Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif. Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!


 
Tabiat?

 Apakah Penyelesainnya?


 

No comments:

Post a Comment